Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan
satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada
murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang
dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan
komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran
Bahasa.
Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.
Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa
Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan
tersebut ialah berkaitan dengan
(i) Penentuan peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran bahasa
(i) Penentuan peringkat pengajaran
Peringkat
pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan
bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai
penggunaan bahan video dan audio.
Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada
tiga peringkat iaitu:
Sekiranya
penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru
dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.
(i) Kemahiran
Berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran
di bawahnya iaitu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan
bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambil kira kemahiran
berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya
P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa
contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebagai
bahan bantĂș mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.
Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan
sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi
utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain
itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi
penggunaan multimedia.
Prinsip pembinaan bahan video dan audio:
Penggunaan
elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam
proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media
lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini
penting dalam menyampaikan P&P.
·
Pastikan teks yang digunakan
ringkas tetapi padat.
·
Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
·
Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang
sesuai
· Pemilihan jenis tulisan dan warna teks
bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
·
Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada
sistem komputer lain.
Penggunaan
elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual
tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan
sebagainya.
· Grafik merupakan elemen multimedia yang
penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
· Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah
dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat
dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan
perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
Penggunaan
elemen audio
Audio atau
bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik,
suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu
menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau
kesan audio istimewa.
Penggunaan
audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu
proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali
bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu.
Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang
menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
Panduan menggunakan
elemen video
Video
merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik
berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi
seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan
dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
Panduan
menggunakan elemen animasi
Animasi
merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau
memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik.
Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih
memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk
diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh
menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada
sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi
kandungan yang ingin disampaikan.
Animasi
mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik
bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep
atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar
dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi
boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk
menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh
disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.
Membina Bahan Video Dan Audio
Terdapat
pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video.
Antaranya ialah:
(i) Membina bahan video
Langkah 1 & 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Membina bahan audio
Audio
dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.
Bahan audio
ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih. Hasil
rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan
pencarian bahan dilakukan nanti.
No comments:
Post a Comment