BMM3105 Pengajaran Bahasa Melayu Berasaskan Komputer

BMM3105 Pengajaran Bahasa Melayu Berasaskan Komputer

Thursday 23 January 2014


TAJUK 5 : MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK , LAMAN WEB PEMBALAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN
DALAM  PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

·  Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah untuk membina tapak pembelajaran.








Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Tapak pembelajaran Sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.
  • Antara contoh-contoh jenis laman web:



Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.

Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran
Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah,

Wednesday 22 January 2014


TAJUK 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


PENGENALAN

Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses PdP terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
  • Bahan sastera
  • Bahan tatabahasa
  • Bahan bidang ilmu lain
Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.



Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
  • Syair
  • Pantun
  • Seloka
  • Gurindam
  • Puisi
  • Cerita Pendek

Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik

TAJUK 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET



ETIKA KOMPUTER

·   Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
·    Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu / dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.


MASALAH MORAL DAN ETIKA

Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:

      i.      Penggertak
     ii.      Penyalahgunaan internet
    iii.      Virus
   iv.       Hak cipta
    v.       Perisian cetak rompak

i. Penggertak:
  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan oleh orang lain untuk tujuan kemusnahan.

ii. Penyalahgunaan internet
  • Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

iii. Virus:
  • Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.

iv. Hak cipta terpelihara
  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hak cipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

v. Perisian cetak rompak
  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk 
    dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.



PRINSIP ETIKA KOMPUTER
  •  Keseimbangan
  •  Keizinan termaklum
  •  Keadilan
  •  Meminimumkan risiko


PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.



CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER

1.    Bukakan Microsoft Publisher 2007.



2. Setelah application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut,
    kemudian pilih BROCHURE.

3. Langkah seterusnya pilih design yang anda minat (mengikut kesesuaian brosur).
    Contoh design yang dipilih ialah Bubble.






4. Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan
    pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat.



5. Setelah itu masukkan butiran seperti:
  •        Tajuk program yang akan diadakan
  •        Nama penaja
  •        Tarikh dan hari program akan diadakan
  •        Aktiviti yang akan dijalankan
  •        Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan




6.  Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda. Ini bertujuan untuk
     menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.


Wednesday 15 January 2014


TAJUK 2 :  MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


TUJUAN :
  •     Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  •     Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran 
             bahasa.

Apa itu ‘Enjin Pencari’?

  •  Merupakan softwawre yang digunakan untuk mencari maklumat.
  •  ‘Enjin pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
  • Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.


Tujuan dan Jenis Enjin Pencari
  •     Tujuan (konteks pendidikan)
o   Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
o   Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.
  •     Jenis ‘enjin pencari’
                      i.        www.google.com
                     ii.        www.yahoo.com
                    iii.        www.teoma.com


Di manakah enjin pencari dapat dilihat:
  •       tempat enjin pencari dapat dilihat ialah seperti di bawah,

TAJUK 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU


Menggunakan web, Video, Audio dan Imej

  • Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dll.
  • Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan. kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hamper sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, grafik, video, teks dan grafik.
  • Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Contoh alamat pembekal maklumat internet:

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search.

Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.


Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com. Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.

Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.


Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus :
  1. Taipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari.
  2. Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
  3. Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
  4. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
  5. Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
  6. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
  7. Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.