TAJUK
4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
PENGENALAN
Bahan pengajaran dan pembelajaran kini
boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati
daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam
meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan
bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan
bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses PdP terutamanya dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P
Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
- Bahan sastera
- Bahan tatabahasa
- Bahan bidang ilmu lain
Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum
guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk
pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar
sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses
penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan
sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak
dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang
berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding
bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera
atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan
sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
- Syair
- Pantun
- Seloka
- Gurindam
- Puisi
- Cerita Pendek
Pemilihan bahan sastera juga perlulah
berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang
terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik
Pemilihan bahan sastera perlu
mengambil kira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan
bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:
Pemilihan bahan tatabahasa
Tatabahasa merupakan ialah
bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan
ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang
jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna.
Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai
makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas
pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum
memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa
tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran
serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa.
Jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa boleh
diperolehi melalui laman web
Dalam laman web ini mengandungi
penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya.
Jenis-jenis tatabahasa
- Kata nama
- Kata Hubung
- Kata kerja
- Kata sendi
nama
- Kata nama khas
Memilih bahan bidang ilmu lain.
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti
bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang
ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh
alamat URL bidang lain adalah seperti:
No comments:
Post a Comment