TAJUK
1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
Menggunakan web, Video, Audio dan
Imej
- Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di
internet seperti Yahoo, Google, MSN dll.
- Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu
digunakan. kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang
hamper sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, grafik, video, teks dan
grafik.
- Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar
tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila
pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke
halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
Contoh alamat pembekal maklumat
internet:
Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama
bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web
search.
Untuk mendapatkan bahan video, klik
pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak
diperolehi daripada internet.
Bahan video boleh juga didapati
daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.
Setelah mendapatkan video yang
diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube
downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada
internet.
Untuk mendapatkan bahan daripada
internet, anda harus :
- Taipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam
kotak pencari.
- Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi,
sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
- Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya
mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda
menjadi terlalu banyak.
- Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan
menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda
akan mengurangkan penyenaraian anda.
- Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu
menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang
hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
- Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran
Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil
pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan
Rancangan Pengajaran Seminggu.
- Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk
mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.
No comments:
Post a Comment