KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling
asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan (receptive level).
Seseorang murid yang telah menguasai kemahiran ini
harus dapat mendengar dengan baik maklumat yang disampaikan dan memahami apa
yang disampaikan seterusnya menginterpretasikan apa yang mereka fahami daripada
maklumat tersebut.
Dalam buku ‘Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan’ yang
ditulis oleh Kamarudin Haji Husin menyatakan bahawa pendengaran merupakan gabungan
segala yang didengar, difahami dan dingat.
Kemahiran bertutur
Kemahiran bertutur iaitu kegiatan melafazkan bunyi
yang dilahirkan daripada alat sebutan manusia.
Merupakan kemahiran interaksi menggunakan bahasa.
Ianya berlaku pada peringkat productive level. Ianya tidak boleh dicipta oeh
pelajar tetapi ia mesti ditiru dan diajuk.
Dalam kemahiran bertutur sebutan dan intonasi amat
dititikberatkan, oleh itu guru mestilah dapat memastikan murid mereka dapat
membezakan sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul
dan kurang sesuai.
Menjadi tugas guru juga dalam memastikan murid
dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza
walaupun menggunakan frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.
Kemahiran
mendengar dan bertutur (lisan)
Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu
dikuasai oleh kanak-kanak sebelum menguasai kemahiran yang lain.
Lisan adalah percakapan atau pertuturan iaitu satu
kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan.
Kemahiran lisan bukan sahaja penting dalam
pembelajaran bahasa tetapi juga penting dalam berkomunikasi dan berinteraksi
dengan orang lain.
KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan
daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui
pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat
diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.
Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Ia meliputi keupayaan
membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat
interpretasi secara bijak dan analisis. Ketika seseorang itu membaca, ia
sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan
bacaanya. Dia mencuba menyelami pemikiran dan idea yang cuba disampaikan oleh
pengarang. Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran membaca bermakna dia
telah berjaya merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha besar antara dirinya
dengan lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai bentuk karya (Zulkifley Hamid,
1994).
KEMAHIRAN
MENULIS
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;
(a) menggunakan pelbagai jenis ayat
(b) mencatat dan menyusun maklumat
(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.
Konsep Menulis
Menulis
melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea
sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu
menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan
menulis kesimpulan.
No comments:
Post a Comment