TAJUK
3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
ETIKA KOMPUTER
· Etika
komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul
(panduan).
· Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian
adalah antara isu / dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era
maklumat.
MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan
etika yang sering berlaku iaitu:
i. Penggertak
ii. Penyalahgunaan
internet
iii. Virus
iv. Hak
cipta
v. Perisian
cetak rompak
i.
Penggertak:
- Cracker
ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem
yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
- Cracker
tidak menulis program untuk membangunkan
perisian tetapi
menggunakan perisian yang dibangunkan oleh orang lain untuk tujuan kemusnahan.
ii. Penyalahgunaan
internet
- Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak
implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
iii.
Virus:
- Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.
iv.
Hak cipta terpelihara
- Memuat
turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi
undang-undang hak cipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
v.
Perisian cetak rompak
PRINSIP ETIKA KOMPUTER
- Keseimbangan
- Keizinan
termaklum
- Keadilan
- Meminimumkan
risiko
PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT :
1. Tidak menggunakan komputer
untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja
komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail
komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer
untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer
untuk menipu.
6. Tidak
menggunakan atau menyalin perisian yang
tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari
komputer orang lain tanpa kebenaran.
8.
Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program
atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan
hormat kepada manusia lain.
CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
1. Bukakan Microsoft Publisher 2007.
2. Setelah
application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut,
kemudian pilih BROCHURE.
3. Langkah
seterusnya pilih design yang anda minat (mengikut kesesuaian brosur).
Contoh design yang dipilih ialah Bubble.
4. Padamkan
gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan
pula logo atau gambar yang anda perlukan.
Contoh gambar ialah Logo Syarikat.
5. Setelah
itu masukkan butiran seperti:
- Tajuk program yang akan diadakan
- Nama penaja
- Tarikh dan hari program akan diadakan
- Aktiviti yang akan dijalankan
- Matlamat program dan lain-lain butiran yang
diperlukan
6. Proses
seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda. Ini bertujuan untuk
menarik minat orang ramai untuk membaca
brosur anda.